Skip to main content

Fortnite melalui kemaskini baharu 8.10 akan menjadikan pemain PS4 dan Xbox One akan bermain bersama, sebelum ini pemain yang bersama dengan rakan di konsol lain sahaja akan bermain secara rentas platform. Pemain di dua konsol ini perlu membuka fungsi rentas platform ini akan tetapi jika tidak membukanya, pemain akan terhad untuk permainan Creative Mode dan Playgrounds sahaja.

Manakala pemain di Switch pula akan bermain bersama dengan pemain Fortnite versi mudah alih. Menurutu Epic Games ini akan meningkatkan pengalaman pemain di Switch. Ini tidak akan menyekat pemain di Switch untuk bermain bersama dengan rakan di konsol lain.

Menurut Epic Games lagi, melalui gabungan ini akan memudahkan serta mempercepatkan lagi untuk proses mencari pemain lawan. Selain itu, kemaskini ini juga akan menyertakan The Baller iaitu kenderaan dengan satu tempat duduk. Ia memudahkan pemain untuk bergerak dan pada masa sama melindungi pemain daripada serangan.

Sistem Vending Machines juga kini diubah, sebelum ini pemain perlu menukarbahan untuk mendapatkan senjata ataupun barangan tertentu, selepas kemaskini ini, Vending Machines akan memberikan senjata/barangan secara percuma tetapi boleh digunakan sekali sahaja.


Leave a Reply