Informasi Permainan Video Terkini
Gearbox Software Memperacahkan Permainan Baharu – Mungkin Borderlands 3
PC

Gearbox Software Memperacahkan Permainan Baharu – Mungkin Borderlands 3

Diterbitkan pada Mac 13, 2019 oleh .

Gearbox Software iaitu pembangun untuk siri Borderlands dan Battleborn hari ini memperacahkan sesuatu di akaun Twitter rasmi mereka yang mana ianya memperlihatkan tarikh 28 Mac ini melalui imej yang kelihatan mempunyai visual grafik Cel Shaded seperti permainan Borderlands.

Buat masa ini, informasi lanjut tidak dikongsikan namun apa yang pasti pengumuman tersebut akan berlangsung di acara PAX East yang bakal berlangsung pada 28 Mac ini di Amerika Syarikat.

Sememangnya Gearbox Software tidak menyatakan bahawa permainan tersebut adalah Borderlands 3, namun kami percaya dengan senarai permainan yang ditiris sebelum ini dicampur dengna visual imej yang kelihatan seakan siri Borderlands, ianya pasti adalah permainan seterusnya untuk siri tersebut.

Seperti biasa kami akan melaporkannya kelak setelah Gearbox Software mengumumkannya secara rasmi menjelang 28 Mac ini.


TIPS & ULASAN