Kejohanan permainan perlawanan Tekken sememangnya mendapat sambutan yang baik di mana tahun lepas berlangsung dengan jayanya oleh pihak Bandai Namco dengan pemain dari seluruh negara bertanding untuk menjadi juara.

Terkini, Bandai Namco mengumumkan Tekken World Tour akan kembali untuk musim ketiga bagi tahun 2019 ini dengan lebih besar bersama-sama hadiah terkumpul melebihi MR750,000.

Menurut Bandai Namco, Tekken World Tour 2019 akan bermula di Lyon, France dan akan terus dipertandingkan seluruh dunia termasuklah Malaysia. Selain itu, Bandai Namco juga mengumumkan bahawa pusingan akhir buat kejohanan tersebut akan diadakan di Bangkok, Thailand.

Bagi anda yang berminat untuk menonton secara langsung kejohanan tersebut, Bandai Namco juga mengumumkan Twitch akan menjadi laman penstriman rasmi sepanjang kejohanan tersebut.

Selain itu, Bandai Namco juga mengumumkan mereka akan menukar bentuk format global kejohanan baharu yang terbahagi kepada empat iaitu Master+, Master, Challenger dan Dojo. Sekaligus mereka juga menukar bentuk pemarkahan termasuklah kedudukan melalui Tekken World Tour tahun ini.

Bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut berkenaannya anda boleh melayari laman rasmi Tekken World Tour.

Sohor Kini