Penantian sejak tahun lepas buat peminat One Piece, akhirnya akan terjawab pada hujung minggu ini dimana permainan seterusnya One Piece World Seeker akan dilancarkan pada 15 Mac ini.

Bersempena dengan itu, Bandai Namco berkongsi satu video khas yang mana mereka memperlihatkan adegan dan bentuk permainan yang bakal tiba buat permainan tersebut.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, One Piece World Seeker merupakan permainan dunia terbuka yang memfokuskan dunia One Piece. Menariknya melalui permainan ini, Bandai Namco juga menyatakan bahawa mereka membawa penceritaannya sendiri yang diselia oleh Eiichiro Oda sendiri dimana mereka memperkenalkan sebilangan watak baharu seperti Jeanne yang terdapat di dalam video acah ini.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, sebelum ini kami juga berkongsi edisi terhad One Piece World Seeker The Pirate King Edition akan dilancarkan oleh Bandai Namco.

One Piece World Seeker bakal tiba Jumaat ini di Playstation 4, Xbox One dan PC. Kami di Aksiz pasti akan berkongsi ulasan penuh permainan setelah ianya dilancarkan kelak.

Sohor Kini