Setelah pelancaran Devil May Cry 5 baru-baru ini dengan bentuk permainan aksi yang sangat menyeronokkan, sememangnya siri tersebut mendapat tumpuan kembali untuk tahun ini.

Walaupun begitu, terdapat satu permainan Devil May Cry yang kami laporkan pada 2017 lepas, kini tampaknya mungkin akan dilancarkan dalam masa terdekat ini iaitu Devil May Cry: Pinnacle Of Combat dimana menurut laporan Siliconera, permainan tersebut akan dilancarkan secara beta tahun ini.

Devil May Cry: Pinnacle Of Combat merupakan permainan mudah-alih (Permua) untuk peranti telefon pintar yang mana ianya dibangunkan oleh Yunchang Game dengan enjin Unity 3D. Menurut pembangun, mereka sememangnya membangunkan permainan ini dengan harapan untuk menghasilkan semula pengalaman permainan DMC melalui telefon pintar.

Permua ini juga dikatakan akan mempunyai mod multi-pemain seperti pertarungan berpasukan dan juga pemain lawan pemain. Selain itu, watak Vergil dan Lady juga diumumkan bakal tiba melalui permua ini.

Akan tetapi, buat masa ini permua ini dirancang untuk dilancarkan di pasaran China sahaja dan ianya bakal tiba secara bentuk beta sahaja dahulu tahun ini di iOS dan Android.

Walaubagaimana pun, ianya sememangnya satu yang menarik untuk bermain permainan Devil May Cry di telefon pintar. Apakah pendapat anda berkenaan permainan ini? Adakah ianya satu lagi permua tiruan? Tinggalkan komen anda di ruangan dibawah.

Sohor Kini