Power Rangers: Battle For The Grid merupakan permainan perlawanan akan datang oleh nWay dimana ianya memfokuskan watak-watak Power Rangers. Sebelum ini, mereka memperlihatkan watak Lord Drakkon, iaitu watak penjahat Power Rangers.
Terkini, nWay memperlihatkan satu lagi video acah baharu di mana mereka berkongsi senarai watak-watak yang terdapat di dalam permainan ini bersama bentuk perlawanan baharu.
Melalui video tersebut, nWay memperlihatkan watak Goldar, Ranger Slayer, Mastodon Sentry, Kat, Magna Defender, Gia, Jason, Tommy dan Lord Drakkon. Namun buat masa ini, ianya tidak pasti sama ada akan terdapat lagi watak tambahan lain ataupun tidak. Selain itu, nWay juga memperlihatkan bentuk panggilan Megazord di mana mereka berupaya untuk membantu pemain dengan menyerang musuh.
Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan. Namun, sebelum ini nWay menyatakan ianya bakal tiba pada April ini di Playstation 4, Xbox One dan Switch. Bagi versi PC pula ianya dirancang untuk dilancarkan sekitar tahun ini.