Niantic adalah syarikat yang bertanggungjawab dalam pembangunan permua Pokemon Go. Ia adalah permua realiti terimbuh, di mana dalam dunia realiti – pemain perlu bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi untuk mencari Pokemon dan kemudian bersedia untuk pertempuran. Permua realiti terimbuh terbaru daripada Niantic adalah bertemakan Harry Potter dan pra-daftar buat permua ini akhirnya dibuka.

Pada awalnya, permua ini disasarkan untuk dilancarkan pada tahun 2018 – tetapi ditunda pada tahun ini. Pemain yang bermain permua ini akan bertindak sebagai ahli Statute of Secrecy Task Force, iaitu kumpulan yang diberikan tanggungjawab oleh Ministry of Magic untuk mencari kejadian aneh magis di dunia biasa. Cara permainan adalah mirip Pokemon Go, di mana kamera peranti perlu digunakan dan pemain turut perlu bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi.

Permua ini akhirnya dibuka untuk pra-daftar. Kepada yang bertuah dan terawal membuat pra-daftar, mereka berpeluang untuk mendapat akses awal buat permua ini. Buat masa ini, ia hanya terhad buat pengguna Android sahaja, tiada lagi informasi buat pengguna iOS.

Pra-Daftar Harry Potter: Wizards United Di Play Store

Sohor Kini