Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Simulasi Pencurian ‘Thief Simulator’ Diumumkan Untuk Switch

Permainan Simulasi Pencurian ‘Thief Simulator’ Diumumkan Untuk Switch

Diterbitkan pada Mac 12, 2019 oleh .

Forever Entertainment hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan simulasi pencurian Thief Simulator ke konsol switch pada tahun ini.

Thief Simulator merupakan permainan simulasi yang menempatkan pemain untuk bermain sebagai seorang pencuri. Melaluinya, pemain perlu merompak satu kawasan perumahan yang luas dan pada masa yang sama perlu memastikan bahawa pemain tidak akan ditangkap oleh pihak berkuasa.

Permainan ini sebelum ini dilancarkan di PC melalui Steam dimana anda boleh membelinya dengan harga RM39. Bagi versi Switch pula, Forever Entertainment tidak berkongsi sebarang informasi lanjut. Namun menurut mereka ianya bakal tiba tahun ini.


TIPS & ULASAN