Uniqlo adalah satu jenama pakaian yang sering mengeluarkan T-Shirt berdasarkan siri-siri permainan video. Minggu ini, Capcom mengumumkan kerjasama bersama dengan Uniqlo untuk mengeluarkan T-Shirt berdasarkan siri permainan Street Fighter.

Kerjasama ini memperlihatkan rekaan berdasarkan Street Fighter II dan juga permainan terbaru iaitu Street Fighter V. Secara keseluruhan terdapat 12 rekaan berbeza iaitu 6 untuk setiap permainan.

T-shirt tersebut akan mula dijual bermula 15 April di Uniqlo termasuk juga secara dalam talian. Seperti keluaran sebelum ini, t-shirt tersebut akan dijual dengan harga RM59.90 setiap satu.

Selain itu bersempena ulang tahun ke-15 Monster Hunter, Uniqlo juga bakal hadir dengan rekaan baharu untuk t-shirt berdasarkan siri tersebut. Ia akan mula dipasarkan pada pertengahan Jun tahun ini.

Sohor Kini