Selain daripada permainan utama, siri Devil May Cry sebelum ini sering dilancarkan dengan pelbagai bentuk media seperti siri anime dan lain-lain. Terkini, tampaknya buat permainan terbaru untuk siri tersebut, Devil May Cry 5 bakal menerima satu komik sampingan dengan kerjasama LINE Manga.

Devil May Cry 5: Vision Of V merupakan komik berdasarkan permainan Devil May Cry 5 dimana melaluinya, ia akan memfokuskan watak V dan bagaimana beliau bertemu dengan makhluk panggilannya. Komik terebut dilukis oleh Tomio Ogata.

Menurut LINE Manga, bahagian pertama komik tersebut akan dilancarkan 27 April 2019 ini dan bahagian permulaannya boleh dibaca melalui laman rasmi LINE.

Namun, dukacitanya laman tersebut adalah terhad kepada rantau Jepun sahaja. Akan tetapi, kami percaya ianya bakal dilancarkan secara global pada masa akan datang memandangkan permainan tersebut mendapat sambutan yang baik dikalangan peminat.

Devil May Cry 5 telah pun dilancarkan 8 Mac lepas dan kami juga telah mengulasnya dimana anda boleh membacanya dibawah.

Sohor Kini