Skip to main content

Sebelum ini kami melaporkan yang mana permainan Monster Boy And The Cursed Kingdom mendapat jualan yang baik di konsol Switch.

Terkini, tampaknya buat mereka yang tidak memiliki permainan tersebut bakal mencuba secara percuma dimana FDG Entertainment mengumumkan bahawa demo khas permainan tersebut bakal tiba 14 Mac 2019 ini.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan permainan ini, ianya merupakan permainan yang berdasarkan siri platformer terkenal iaitu Wonder Boy. Monster Boy And The Cursed Kingdom memfokuskan bentuk platformer yang mana pemain berupaya untuk menukar kepada raksasa dan sebagainya.

Monster Boy And The Cursed Kingdom telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan Switch. Versi PC juga diumumkan namun tarikh pelancarannya masih belum dikongsikan lagi.

Leave a Reply