Informasi Permainan Video Terkini
Control Diumumkan Bakal Tiba Pada Suku Ketiga Tahun Ini
PC

Control Diumumkan Bakal Tiba Pada Suku Ketiga Tahun Ini

Diterbitkan pada Mac 12, 2019 oleh .

Control merupakan permainan akan datang bagi pembangun Remedy Entertainment yang mengeluarkan permainan Quantum Break. Permainan tersebut sebelum ini diumumkan semasa persidangan Sony E3 2018 akan dikeluarkan pada tahun ini.

Minggu ini, berdasarkan laporan oleh Game Informer, permainan tersebut akan dikeluarkan pada suku ketiga tahun ini akan tetapi tiada tarikh tetap yang dikongsikan.

Di dalam Control, pemain akan mengawal seoarang watak bernama Jesse Faden yang cuba mencari jawapan kepada pelbagai kejadian aneh yang berlaku di dalam hidup beliau. Dengan kuasa yang ada, pemain akan melawan pelbagai penjahat.

Permainan tersebut diumumkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN