Informasi Permainan Video Terkini
RPG Maker MV Versi Xbox One Dibatalkan – Versi Switch Bakal Tiba Tahun Ini

RPG Maker MV Versi Xbox One Dibatalkan – Versi Switch Bakal Tiba Tahun Ini

Diterbitkan pada Mac 12, 2019 oleh .

Sebelum ini, NIS America mengumumkan bahawa permainan RPG Maker MV versi konsol ditundakan dimana asalnya ia bakal tiba Februari lepas. Terkini, tampaknya bagi mereka yang menanti permainan tersebut di Xbox One, Kadokawa Games mengumumkan bahawa ianya akan dibatalkan.

Buat masa ini, informasi lanjut berkenaan kenapa ianya dibatalkan tidak dikongsikan secara terperinci dan Kadokawa Games hanya menyatakan bahawa ianya disebabkan beberapa keadaan.

Akan tetapi, buat masa ini informasi lanjut berkenaan versi Switch masih belum diumumkan dan seperti biasa kami akan mengemaskini apabila ianya diumumkan kelak.

RPG Maker MV merupakan satu perisian bentuk permainan khas yang membolehkan pemain untuk menghasilkan permainan RPG (Role Playing Game) tersendiri. Melaluinya, pemain berupaya untuk menghasilkan permainan tersendiri seperti menetapkan penceritaan, bentuk permainan dan juga visual grafik termasuklah watak-watak permainan.

RPG Maker MV telahpun dilancarkan di Playstation 4 dan PC melalui Steam.


TIPS & ULASAN