Informasi Permainan Video Terkini
Bandai Namco Memperlihatkan Video Acah DLC The Tales Of A Timeless Tome Buat Ni No Kuni 2

Bandai Namco Memperlihatkan Video Acah DLC The Tales Of A Timeless Tome Buat Ni No Kuni 2

Diterbitkan pada Mac 12, 2019 oleh .

Bulan lepas Bandai Namco mengumumkan bahawa DLC seterusnya buat permainan JRPG, Ni No Kuni 2: Revenant Kingdom iaitu The Tales Of A Timeless Tome. Terkini, Bandai Namco akhirnya memperlihatkan video acah DLC tersebut melalui saluran rasmi Youtube mereka.

DLC The Tales Of A Timeless Tome akan meletakkan pemain mengembara bersama Evan dan rakan-rakan di mana mereka akan meneroka dan menyelesaikan misteri berkaitan arnab yang memakai Tuxedo. Melaluinya, pemain akan dimasukkan di dalam dunia mimpi dan bertemu bersama arnab tersebut.

Selain daripada penceritaan baharu, permainan ini juga akan menyertakan elemen bentuk kawalan permainan baharu iaitu Wizard’s Companion, dimana ianya adalah bentuk seakan sama dengan permainan Ni No Kuni: Wrath Of The White Witch. Selain itu, permainan ini juga akan menyertakan bentuk arena baharu yang dipanggil Solosseum Slog.

Menariknya, berdasarkan video acah yang di atas, permainan ini tampaknya mungkin akan berkaitan dengan watak Oliver daripada permainan Ni No Kuni: Wrath Of The White Witch.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, DLC tersebut akan dilancarkan pada 19 Mac 2019 ini buat mereka yang membeli pas musim permainan tersebut. Ianya juga akan dijual secara berasingan dengan harga $14.99(~RM61).

Ni No Kuni 2: Revenant Kingdom merupakan permainan JRPG yang dibangunkan oleh Level-5 dan dilancarkan oleh Bandai Namco. Ianya telah pun dilancarkan di Playstation 4 dan PC tahun lepas.


TIPS & ULASAN