Informasi Permainan Video Terkini
Pembangun To The Moon Mengumumkan Permainan Baharu – Impostor Factory

Pembangun To The Moon Mengumumkan Permainan Baharu – Impostor Factory

Diterbitkan pada Mac 12, 2019 oleh .

Pembangun permaianan To The Moon dan Finding Paradise Freebird Games hari ini mengumumkan permainan seterusnya oleh mereka adalah Impostor Factory.

Selain memperlihatkan poster dan juga muzik latar untuk permainan tersebut, tidak banyak informasi lanjut yang dikongsikan. Namun, ia dikatakan permainan tersebut akan mempunyai kes pembunuhan.

Mereka juga tidak mengesahkan jika permainan tersebut adalah sebahagian daripada siri To The Moon ataupun permainan dengan penceritaan baharu. Tarikh pengeluaran juga masih tidak dinyatakan.



TIPS & ULASAN