PlayerUnknown’s Battleground adalah permainan video pertempuran royal yang agak popular. Populariti permainan ini menyebabkan versi permua turut dibangunkan. Bagi pemain di PC, ada yang kecewa kerana spesifikasi minima untuk memainkan PUBG agak tinggi. Untuk itu, pihak PUBG hadir dengan versi PUBG Lite untuk mereka yang ingin bermain PUBG pada komputer dengan spesifikasi minima yang lebih rendah.

Sayang sekali, PUBG Lite memerlukan akaun lain dicipta dan tidak boleh menggunakan akaun sedia ada. Terkini, para pembangun PUBG Lite dilihat ingin mensasarkan yang mana – PUBG Lite turut akan hadir ke Steam bagi memudahkan para pemain. Walau bagaimanapun, pihak PUBG tidak kongsikan jika barangan dari PUBG biasa boleh diselarikan dalam PUBG Lite – jika PUBG Lite hadir ke Steam. Ia mungkin akan jadi dua permainan PUBG berbeza.

Bersama-sama dengan itu, PUBG Lite turut akan hadir dengan sistem balistik yang lebih baik bagi memberi pengalaman bermain yang lebih mengasyikkan. Kemudian, terdapat tiga senjata baru yang akan ditambah; Beryl M762,MK47 Mutant, dan juga SLR. Untuk skop pula, skop 3X dan skop 6X turut akan hadir dalam permainan ini. Pistol suar untuk menyeru ‘
crate drop’ turut akan hadir dalam kuantiti terhad. Di mana dalam peti ini akan terdapat banyak barangan khas termasuk senjata berkuasa.
Terdapat banyak lagi perkara menarik yang akan ditambah dalam PUBG Lite seperti; sistem payung terjun yang dinamik, sistem ganjaran percuma yang lebih baik, sistem anti-tipu terbina dan banyak lagi. Jika kesemua perkara baru dan menarik ini sudah tersedia, pihak PUBG Lite akan umumkan secara rasmi. Sama-sama kita nantikan.