Informasi Permainan Video Terkini
Days Gone Kini Siap Dibangunkan Mengesahkan Tarikh Pengeluaran 26 April

Days Gone Kini Siap Dibangunkan Mengesahkan Tarikh Pengeluaran 26 April

Diterbitkan pada Mac 11, 2019 oleh .

Days Gone seperti kita sedia maklum sudah tertunda beberapa kali, daripada dikeluarkan pada tahun 2018, ke Februari tahun ini dan akhirnya ke April 2019.

Pada 9 Mac lepas, Bend Studio mengumumkan yang permainan tersebut kini sudah siap dibangunkan dan tarikh pengeluaran disahkan pada 26 April 2019.

Kami berkesempatan untuk mencuba permainan tersebut selama 3 jam pertama dan merasakan ia adalah satu permainan yang berpotensi untuk menjadi menarik.

Days Gone merupakan permainan dunia terbuka zombi yang akan dikeluarkan secara eksklusif untuk Playstation 4.

Bacaan lanjut: Pandang Pertama Days Gone – Permainan Dunia Terbuka Zombi Yang Berpotensi Untuk Menjadi Menarik



TIPS & ULASAN