Skip to main content

PUBG Mobile dikeluarkan pertama kali pada bulan Februari, namun secara global pada bulan Mac 2018. Ia menjadikan bulan ini, permainan mudah alih tersebut bakal menyambut ulang tahun pertama mereka.

Bersempena dengannya, PUBG Mobile memulakan sambutan tersebut dengan menggunakan tema sambutan tersebut di dalam permainan serta menyediakan pelbagai kandungan berdasarkan Cyberpunk yang boleh diperoleh melalui permainan tersebut.

Selain itu mereka juga menyediakan Discount Fever yang menjual payung terjun, hiasan Kar98k dan PUBG Premium Crate Coupon sehingga 14 Mac ini. Sebagai peringatan, musim ke-5 akan berakhir pada 18 Mac 2019 ini, jadi pastikan anda memenuhi Royale Pass.

Leave a Reply