Skip to main content

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Epic Games melalui permainan mereka Fortnite telah di saman oleh beberapa artis dan juga pelakon yang merupakan ‘pereka’ asal tarian yang digunakan sebagai emote di dalam permainan tersebut.

Kes saman tersebut menjumpai satu halangan apabila satu daripada beberapa tarian yang menjadi kes saman iaitu tarian oleh Alfonso Ribeiro telah ditolak oleh Agensi Hak Cipta Amerika Syarikat untuk dijadikan hak cipta.

Supreme Court (Makhamah Persekutuan) Amerika Syarikat minggu ini mengasakan sebarang kes saman sebegini memerlukan tarian tersebut mendapat hak cipta terlebih dahulu untuk membuka kes saman. Oleh disebabkan itu buat masa ini kesemua kes saman terhadap Epic Games di tarik balik.

Namun, agensi guaman yang mewakili penyaman tersebut mengatakan yang ia sekadar prosedur sahaja apabila menerima hak cipta daripada Agensi Hak Cipta, saman tersebut akan di failkan semula.

Persoalan sekarang, adakah tarian boleh di jadikan sebagai satu hak cipta?

Leave a Reply