Cities : Skylines Merupakan salah satu permainan simulasi rekabentuk bandar yang popular, dan ditawarkan untuk beberapa platform. Ia dibangunkan oleh Colossal Order dan diterbitkan oleh Paradox Interactive. Permainan tersebut pertama kali dikeluarkan pada tahun 2015.

Minggu ini selepas 4 tahun dikeluarkan, Paradox Interactive mengumumkan yang permainan tersebut telah terjual sebanyak 6 juta unit. Selain itu mereka juga berkongsi beberapa informasi menarik mengenai permainan tersebut;

  • Jumlah masa dimainkan: 16,938,045 hari
  • Jumlah Penduduk: 2,185,317,000,000
  • Jumlah Bandar Dibina: 39,733,045
  • Jumlah Datuk Bandar yang Tidak Popular: 1,911,067
  • Jumlah Paradox Plazas Dibina: 7,007,128
  • Bangunan Paling Popular: Wind turbine
  • Jumlah Mod Yang Dicipta Oleh Komuniti: 175,970

Cities: Skylines sudah dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Sohor Kini