Skip to main content

Minggu lepas kami melaporkan yang Apex Legends telah mencapai 50 juta pemain walaupun baru sebulan dikeluarkan. Kejayaan tersebut turut hadir dengan masalah penipuan.

Bulan lepas, Respawn mengumumkan yang 16 ribu pemain telah diharamkan kerana menggunakan perisian penipuan semasa bermain permainan tersebut. Minggu ini, mereka mengatakan terdapat lebih 355 ribu pemain telah diharamkan atas sebab yang sama.

Jumlah tersebut memperlihatkan peningkatan yang sangat mendadak. Respawn juga mengatakan, sistem Easy-Anti-Cheat yang digunakan permainan tersebut untuk versi PC banyak membantu untuk menjumpai dan mengharamkan pemain yang menipu.

Respawn turut menegaskan yang mereka memandang serius mengenai penipuan, dan ingin memastikan komuniti Apex Legends dalam keadaan yang baik.

Leave a Reply