Meneruskan siri video PlayStation bersama dengan pembangun CD Projekt Red, mereka mengeluarkan satu video yang memperlihatkan bagaimana permainan Gwent iaitu permainan mini di dalam The Witcher 3 menjadi satu permainan berasingan termasuk juga satu permainan RPG Thronebreaker.

Selain itu, hari ini, PlayStation turut berkongsi satu lagi video yang menceritakan di sebalik pembangunan untuk permainan baharu mereka iaitu Cyberpunk 2077.

Di dalam video tersebut, CD Projekt Red menyatakan sebab utama mereka tidak berkongsi secara mendalam mengenai Cyberpunk 2077 adalah kerana terdapat pelbagai perkara di dalam permainan yang disertakan kemudia dibuang dan disertakan kembali sepanjang pembangunan.

Mereka masih menekankan yang permainan tersebut akan dikeluarkan apabila sudah benar-benar bersedia.

Sohor Kini