Seperti yang kami laporkan dua minggu lepas, Slime Rancher merupakan permainan seterusnya akan diberikan percuma melalui tawaran Epic Games Store. Hari ini, permainan tersebut kini boleh dimuat turun sehingga 21 Mac 2019.
Slime Rancher merupakan permainan sandbox dan pandang pertama yang mementingkan pengembaraan. Pemain akan menjadi Beatrix LeBeau iaitu penternak slime. Pemain boleh menangkap pelbagai jenis slimes, bercucuk tanam, dan juga mengembara di persekitaran dunia ‘Far, Far Range’.
Selain itu, Epic Games Store juga mengumumkan permainan seterusnya yang akan diberikan percuma adalah Oxenfree yang boleh didapati bermula 21 Mac sehingga 4 April 2019.
[download]Epic Games Store: Slime Rancher[/download]