Informasi Permainan Video Terkini
Filem Dumbo Penuh Dengan Aksi Insan Berbakat, Aneh Dan Juga Gajah Terbang

Filem Dumbo Penuh Dengan Aksi Insan Berbakat, Aneh Dan Juga Gajah Terbang

Diterbitkan pada Mac 8, 2019 oleh .

Dumbo adalah filem aksi-nyata Disney yang diolah semula berdasarkan filem animasi klasik tahun 1941. Filem ini dikatakan bukan sahaja diolah semula, tetapi turut akan diubah sedikit jalan ceritanya tanpa mengubah elemen penting yang terkenal dalam animasi klasik.

Baru-baru ini, video acah baru telah diterbitkan. Dalam video acah ini, beberapa aksi daripada insan-insan yang aneh dan berbakat telah dipertontonkan. Turut kelihatan adalah anak gajah comel – Dumbo dengan aksi terbangnya. Dalam video acah ini juga, aksi jahat Michael Keaton yang melakonkan watak V.A. Vandevere turut kelihatan. Pendapat saya, beliau sedang berbincang dengan Danny DeVito yang melakonkan watak Max Medici untuk membeli Dumbo.

Filem ini diarahkan oleh Tim Burton. Perspektif Tim Burton dalam sesuatu filem kebiasaannya adalah unik. Bagaimana perspektif beliau dalam filem Dumbo? Sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN