Square Enix hari ini mengumumkan permainan baharu untuk siri Octopath Traveler iaitu Octopath Traveler: Supreme Ruler of the Continent untuk peranti pintar bagi pasaran Jepun.

Berdasarkan temubual antara Yokoyama Yoshiki iaitu penerbit untuk permainan ini dan juga Tomoya Asano iaitu penerbit untuk versi Switch bersama dengan Famitsu berikut adalah antara informasi yang dikongsikan.

Permainan ini juga dibangunkan oleh Acquire seperti versi Switch dan pembangunannya bermula berhampiran dengan pembangunan untuk versi konsol Nintendo tersebut. Asano juga menegaskan mereka ingin memastikan apabila pemain bermain versi ini, mereka akan menghargainya seperti versi yang dikeluarkan untuk Switch.

Bagi memudahkan pergerakan untuk versi permua, pemain hanya perlu mentatar untuk bergerak. Walaupun ia lebih ringkas, akan tetapi masih memberikan perasaan sepertimana permainan Octopath Traveler sebelum ini.

Satu lagi kelainan yang disertakan adalah, untuk versi Switch pertempuran hanya melibatkan 4 watak pada satu masa, untuk versi permua 8 watak boleh bertempur pada satu masa. Namun, mekanik yang lain akan terus dikekalkan seperti Break Point.

Bagi segi penceritaan, ia akan mengekalkan seperti mana versi Switch di mana ia akan menyertakan 8 watak di 8 benua berbeza dan setiap watak tersebut mempunyai penceritaan tersendiri. Menariknya, pemain juga akan bertemu dengan watak-watak daripada versi Switch.

Mereka juga mengesahkan buat masa ini tidak merancang untuk menyertakan multi-pemain bagi permainan tersebut dan hanya memfokuskan permainan solo di mana penceritaan yang ditambah dari semasa ke semasa.

Buat masa ini permainan tersebut hanya diumumkan untuk Jepun dan tiada pengesahan untuk pengeluaran secara global. Ia adalah permainan percuma untuk dicuba dan memerlukan pembelian untuk permainan penuh.


Sohor Kini