Gris merupakan permainan platformer yang dibangunkan oleh Nomada Studio dan diterbitkan oleh Devolver Digital pada 13 Disember untuk Switch dan PC.
Nomada Studio sebelum ini mengumumkan yang selepas seminggu dikeluarkan permainan tersebut sudah mendapat kembali kos pembangunan dan membuat keuntungan. Hari ini melalui kicauan di akaun Twitter rasmi, mereka mengumumkan yang permainan tersebut telah terjual sebanyak 300 ribu unit.
Selain itu, GRIS juga kini ditawarkan dengan harga 15% lebih murah buat sementara waktu iaitu RM28.90 di Steam dan $14.44(~RM59) di Nintendo.