Informasi Permainan Video Terkini
PUBG Corp Mengumumkan Kejohanan PUBG Mobile Club Open 2019 – Hadiah Terkumpul RM8 Juta

PUBG Corp Mengumumkan Kejohanan PUBG Mobile Club Open 2019 – Hadiah Terkumpul RM8 Juta

Diterbitkan pada Mac 8, 2019 oleh .

PUBG dan juga PUBG Mobile mungkin tidak menjadi bualan seperti sebelum ini apabila hadirnya Fortnite dan kini Apex Legends. Namun, untuk kejohanan e-sukan mereka masih antara permainan yang sangat aktif.

PUBG Corporation hari ini mengumumkan kejohanan rasmi untuk PUBG Mobile iaitu PUBG Mobile Club Open 2019 yang akan mempertandingkan pasukan daripada 10 benua untuk merebut hadiah terkumpul $2 juta (~RM8 juta).

Kejohanan ini adalah terbuka untuk semua dengan syarat-syarat berikut;

  • Pemain mesti berumur 16 tahun keatas dan peserta bawah 18 tahun mesti mendapatkan kebenaran penjaga atau ibu bapa.
  • 3 daripada 5 (1 pemain gantian) di dalam pasukan mesti berasal daripada benua yang dipertandingkan.
  • Kesemua pemain mesti mempunyai sekurang-kurangnya ranked Platinum semasa pendaftaran.

Manakala berikut adalah langkah-langkah untuk menyertai kejohanan ini;

  • Daftar pasukan anda di laman rasmi kejohanan
  • Pastikan pasukan (crew) anda dicipta di dalam PUBG Mobile menggunakan nama pasukan yang didaftarkan
  • Menyertai Crew Challenge di bahagian TPP Mode di dalam PUBG Mobile
  • Pasukan anda perlu bermain sekurang-kurangnya 4 perlawanan semasa pusingan kelayakan (22 hingga 24 Mac ini) secara dalam talian. Keputusan ini akan menentukan 12 pasukan yang layak untuk pusingan kelayakan luar talian.
  • Pasukan terbaik daripada pusingan kelayakan luar talian bertanding di peringkat Club Open 2019.

Kejohanan ini akan dibahagikan kepada bahagian iaitu Spring Split dan Fall Split. Pendaftaran untuk Spring Split bermula 8 Mac sehingga 18 Mac manakala untuk Fall Split akan bermula bulan Ogos. Jangan lepaskan peluang untuk mendaftar pasukan anda.

PUBG Mobile Club Open 2019



TIPS & ULASAN