Skip to main content

Tahun lepas Sony mengumumkan yang mereka tidak akan menghadiri E3 dan secara langsung tidak akan mengadakan sebarang persidangan seperti kebiasaan yang dilakukan.

Hari ini, EA pula mengambil langkah yang sama apabila mengumumkan yang mereka tidak akan mengadakan persidangan semasa E3 tahun ini. Sebaliknya, EA Play iaitu acara yang dianjurkan oleh EA semasa E3 akan dianjurkan lebih awal dan memfokuskan kepada pemain dan permainan kegemaran mereka.

Berbeza dengan Sony yang tidak langsung terlibat dengan E3, EA Play akan terus berlaku, tetapi sebagai acara untuk memberi peluang pemain mencuba permainan baharu, tempat pembangun-pembangun lain memperlihatkan permainan mereka.

Slot persidangan akan digantikan dengan video sekitar untuk acara EA Play. Persidangan EA boleh dikatakan antara persidangan yang senang untuk dijangka, mereka kebiasaannya mengumumkan permainan tahunan mereka seperti FIFA. Tidak menganjurkan persidangan, bagi kami satu keputusan yang baik.

Leave a Reply