Sony hari ini melancarkan kemaskini terbaru buat sistem operasi Playstation 4, dengan kemaskini 6.50. Melaluinya, Sony menyatakan bahawa mereka kini membawa fungsi Remote Play ke peranti iOS.

Sekaligus melalui fungsi ini, pemain akan berupaya untuk bermain permainan di Playstation 4 dengan menggunakan fungsi Remote Play melalui peranti iOS. Untuk menggunakan fungsi tersebut, anda perlu memuat-turun aplikasi PS4 Remote Play dahulu melalui App Store. Selepas itu anda hanya mengikut tetapan yang disertakan melaluinya.

Selain itu, Sony juga menyertakan sebilangan kandungan lain seperti keupayaan untuk menukar butang kawalan dan sebagainya.

Dengan saiz fail sekitar 460MB, pastikan anda mengemaskini Playstation 4 anda sekarang untuk mengakses fungsi-fungsi tersebut.

Sohor Kini