NetherRealm sebelum ini berkongsi video acah yang memperlihatkan watak Johnny Cage, hari ini mereka mengeluarkan satu lagi video acah yang memperlihatkan anak beliau iaitu Cassie Cage.
Video tersebut memperlihatkan pergerakan-pergerakan Cassie Cage termasuk Brutality dan Fatality. Bersama dengan video tersebut ia juga memperlihatkan watak Keno.
Selain itu, mereka juga berkongsi video acah yang memfokuskan penceritaan. Penceritaan untuk Mortal Kombat 11 adalah mengenai penjahat bernama Kronika. Menariknya ia juga menyertakan perjalanan masa yang membolehkan dua versi watak bertempur bersama. Contohnya di dalam video tersebut, ia memperlihatkan Johnny Cage versi terbaru bersama dengan versi yang lebih muda.
Mortal Kombat 11 merupakan permainan perlawanan yang dibangunkan oleh NetherRealm Studio. Melalui permainan terkini ini, mereka akan menyertakan pelbagai kandungan baharu seperti pengubah-suai watak, penceritaan baharu dan pelbagai bentuk ganjaran permainan. Ia bakal tiba di Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC pada 23 April 2019.