James Gunn adalah pengarah filem Guardian of the Galaxy yang dipecat. Selepas beliau dipecat, beliau mengarah satu filem baru yang lain daripada yang lain – Brightburn.
Brightburn adalah satu filem mengisahkan seorang kanak-kanak yang mempunyai kuasa. Tetapi, kuasa yang digunakan adalah untuk kejahatan dan juga menjadikan filem ini satu filem seram. Jika anda tonton video acah ini, anda akan sedar yang ia mirip dengan asal-usul Superman. Contohnya, jatuh dari langit, bayi yang ditemui oleh pasangan dari ladang, baju dengan mantel dan banyak lagi. Ini adalah kerana, filem ini sengaja disamakan dengan asal-usul Superman.
Anda boleh bayangkan yang filem ini adalah perspektif James Gunn, jika Superman adalah seorang yang jahat dan kisah Superman itu adalah satu kisah seram. Filem ini diterbitkan oleh Sony dan antara pelakon yang terlibat adalah; Jackson A. Dunn, Elizabeth Banks dan David Denman. Filem ini akan ditayangkan pada 27 Mei ini.