H1Z1 Dilancarkan Semula Dengan Nama Z1 Battle Royale

Kami sebelum ini melaporkan yang NantWorks membuat pelaburan ke atas Daybreak Game Company iaitu pembangun untuk H1Z1 dan berminat untuk mengeluarkan permainan tersebut di dalam bentuk versi permainan mudah alih yang bernama Z1.

Hari ini, bersempena bermulanya musim ke-3 untuk permainan tersebut, mereka mengumumkan kesemua versi permainan tersebut kini akan menggunakan nama Z1 Battle Royale.

Selain perubahan nama, mereka juga mengumumkan yang akan mengembalikan permainan tersebut kepada zaman klasik iaitu H1Z1: King of the Kill. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui kemaskini yang akan datang mereka juga menyertakan laman khas untuk berkongsi perkara tersebut.

Z1 Battle Royale (H1Z1) merupakan permainan pertempuran royale yang boleh dimainkan secara percuma dan sudah dikeluarkan untuk PC dan Playstation 4.

Sohor Kini