Informasi Permainan Video Terkini
Pengembaraan Hidup Penulis Lord of The Rings Dalam Perang Dunia Pertama Dipertontonkan

Pengembaraan Hidup Penulis Lord of The Rings Dalam Perang Dunia Pertama Dipertontonkan

Diterbitkan pada Mac 7, 2019 oleh .

J.R.R Tolkien adalah seorang penulis yang hebat. Antara hasil karya beliau yang terkenal adalah Lord of The Rings dan The Hobbit. Kehebatan penulis ini menyebabkan satu filem khas dihasilkan dengan judul, TOLKIEN.

Bulan lepas, video acah telah pun diperlihatkan. Melaluinya, Nicholas Hoult dilihat berlakon sebagai Tolkien sendiri dan Lily Collins berlakon sebagai isteri beliau. Hari ini, video acah baru telah diterbitkan dan ia bukan sahaja filem biografi – tetapi satu filem aksi pengembaraan berserta fantasi. Dalam video acah ini, kita tahu yang Tolkien turut mencipta bahasa sendiri, memperlihatkan kisah cinta beliau, penglibatan beliau dalam perang dunia pertama dan juga perpisahan beliau dengan isteri tercinta.

Menarik lagi, video acah ini turut memperlihatkan Tokien menceritakan sesuatu kisah dan membawa penonton ke dunia fantasi beliau. Filem ini akan ditayangkan pada 10 Mei 2019 ini.


TIPS & ULASAN