Informasi Permainan Video Terkini
Tampalan Untuk Masalah Anthem Membuatkan Konsol Tertutup Sendiri Bakal Tiba Minggu Hadapan
PC

Tampalan Untuk Masalah Anthem Membuatkan Konsol Tertutup Sendiri Bakal Tiba Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Mac 7, 2019 oleh .

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, beberapa pemain Anthem melaporkan yang permainan tersebut menyebabkan konsol PS4 mereka tertutup sendiri. Hari ini, BioWare mengatakan yang mereka menyedari mengenai masalah tersebut dan akan mengeluarkan kemaskini tampalan pada 12 Mac 2019.

Penerbit Anthem Ben Irving mengatakan mereka telah menemui beberapa sebab yang mengakibatkan masalah tersebut terjadi. Selain itu, beliau juga mengatakan berdasarkan informasi yang diperoleh daripada Sony, setakat ini tiada konsol yang terus tidak boleh digunakan seperti laporan sebelum ini.

Ketua perkhidmatan langsung Bioware Chad Robertson turut mengatakan perkara yang sama iaitu mereka telah menjumpai sebab-sebab masalah ini terjadi, dan kemaskini tampalan akan tiba minggu hadapan. Pemain yang mengalami masalah tersebut, pemain hanya perlu menutup dan membuka semula.

Walaupun masalah ini tidak menyebabkan konsol terus tidak boleh digunakan akan tetapi konsol tertutup sendiri bukanlah satu perkara yang baik untuk konsol. Kami berharap dengan kemaskini tampalan yang bakal tiba nanti menyelesaikan masalah ini.


TIPS & ULASAN