Informasi Permainan Video Terkini
Siri TV DC ‘Arrow’ Akan Tamat Pada Musim Kelapan

Siri TV DC ‘Arrow’ Akan Tamat Pada Musim Kelapan

Diterbitkan pada Mac 7, 2019 oleh .

Arrow adalah antara siri TV DC yang terawal. Ia mula disiarkan pada tahun 2012 dan sehingga hari ini sudah pun musim ketujuh. Arrow mengisahkan Oliver Queen yang dilakonkan oleh Stephen Amell. Siri TV ini turut menyertakan banyak adiwira DC dan penjenayah terkenal dalam dunia DC.

Tahun ini, siri TV DC Arrow sudah pun berumur tujuh tahun dan adalah antara siri TV berasaskan watak komik paling lama yang disiarkan. Siri TV Arrow turut mempunyai banyak episod rentas-siri yang menyertakan watak-watak dari siri TV DC yang lain. Terkini, siri ini dilaporkan akan ditamatkan dengan musim kelapan.

Musim kelapan hanya akan mempunyai 10 episod sahaja dan ia turut akan menyertakan episod khas rentas-siri Crisis On Infinite Earth. Ura-ura mengatakan, Arrow akan mati dalam musim ini


TIPS & ULASAN