Skip to main content

Bulan lepas Microsoft mengumumkan 11 permainan baharu yang disertakan ke Xbox Game Pass bagi bulan Februari. Hari ini mereka memulakan bulan ini dengan mengumumkan 4 permainan yang akan disertakan ke dalam perkhidmatan tersebut.

Permainan-permainan yang akan disertakan adalah seperti berikut, bersama dengan tarikh ia akan tiba;

  • Just Cause 4 (6 Mac)
  • LEGO Batman 2 (6 Mac)
  • F1 2018 (14 Mac)
  • Fallout 4 (14 Mac)

Seperti bulan-bulan lepas, Microsoft sudah semestinya akan mengumumkan lebih banyak permainan yang akan disertakan yang kami jangkakan pada pertengahan bulan ini.

Xbox Game Pass buat masa ini adalah perkhidmatan eksklusif untuk konsol Xbox One dan harga langganan bermula $9.99(~RM41) untuk sebulan. Bagi anda yang berminat, anda boleh melayari laman rasmi Xbox Game Pass untuk informasi lanjut.

Leave a Reply