Kejohanan Pertama Tetris 99 Dianjurkan Oleh Nintendo

Jika bercakap mengenai pertempuran royale, Apex Legends dan Fortnite sudah semestinya yang akan menjadi sambutan, namun kita tidak boleh lupai satu lagi permainan “pertempuran royale” yang baru sahaja dikeluarkan iaitu Tetris 99.

Permainan yang mengumpulkan 99 pemain untuk bersaing di dalam permainan Tetris diumumkan pertama kali oleh Nintendo semasa Direct mereka 14 Februari lepas. Ia adalah eksklusif untuk Nintendo dan boleh dimuat turun secara percuma.

Walaupun tidaklah dianggap sebagai satu permainan e-sukan (buat masa ini), Nintendo mengumumkan kejohanan rasmi pertama untuk permainan tersebut iaitu Maximus Cup.

Kejohanan tersebut akan bermula pada 8 Mac sehingga 10 Mac, untuk menyertainya pemain hanya perlu bermain seperti biasa pada waktu kejohanan dan setiap kali memenangi perlawanan tersebut pemain akan mendapat Tetris Maximus.

999 pemain yang mengumpul Tetris Maximus terbanyak akan memenangi 999 Nintendo Gold Points yang boleh ditebus untuk membeli permainan secara digital. 999 Gold Points bersamaan dengan $9.99(~RM40).

Sohor Kini