Skip to main content

Pada akhir tahun lepas, Bandai Namco berkongsi video acah yang memperlihatkan adegan pembukaan bagi permainan One Piece World Seeker yang memperlihatkan Luffy bertempur dengan pihak tentera di Jewel Island.

Hari ini, mereka berkongsi satu lagi video acah yang memperlihatkan Luffy berada di dalam penjara ‘Sky Prison’ dan rakan-rakan beliau iaitu Zoro, Sanji, Nami, Nico Robin, Brook dan Chopper berusaha untuk menyelamatkan beliau.

Video tersebut juga memperlihatkan pertempuran di antara Luffy dan juga warden penjara iaitu Issac yang merupakan watak khas disertakan untuk permainan ini.

One Piece: World Seeker akan dikeluarkan pada 15 Mac 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC. Bandai Namco juga sebelum ini mengumumkan edisi terhad untuk permainan tersebut yang menyertakan figura eksklusif khas Luffy .

Leave a Reply