Informasi Permainan Video Terkini
3 Persoalan Yang Timbul Selepas Menonton Video Acah Baharu Game of Thrones Musim Ke-8

3 Persoalan Yang Timbul Selepas Menonton Video Acah Baharu Game of Thrones Musim Ke-8

Diterbitkan pada Mac 6, 2019 oleh .

Kami di Aksiz makin tidak sabar menantikan musim baharu yang juga musim terakhir untuk Game of Thrones. HBO sebelum ini berkongsi satu video acah pendek yang tidak memperlihatkan sebarang penceritaan.

Hari ini, mereka akhirnya berkongsi satu lagi video acah yang memperlihatkan sebahagian adegan untuk musim ini. Di dalam video tersebut ada beberapa perkara yang membuatkan kami tertanya-tanya apa yang berlaku.

Bagi anda yang tidak langsung beberan dan tidak menonton video acah tersebut, kami nasihatkan anda untuk mengelak daripada meneruskan pembacaan anda.

  1. Pada awal video, memperlihatkan Arya melarikan diri daripada satu watak yang digelapkan. Walaupun kami tertanya siapa yang mengejar beliau, kami lebih ingin tahun mengapa Arya yang sepatutnya menjadi seorang yang ‘berkuasa’ kelihatan sangat takut.
  2. Semasa melarikan diri, ada juga kata-kata Arya yang diselitkan mengatakan beliau mengenali ‘kematian’ dan ia mempunyai banyak jenis dan tidak sabar untuk berjumpa dengan ini. Kami tertanya sama ada beliau bercakap mengenai seorang watak ataupun mengenai kematian beliau sendiri.
  3. Di dalam video tersebut juga memperlihatkan Cersei menahan sebak. Adakah beliau teringat mengenai Tommen atau beliau sebak kerana kematian baharu di dalam musim ini?

Apapun jawapannya, ia mungkin akan terjawab apabila musim ke-8 ini bermula tayangannya pada 14 April 2019 ataupun 15 April 2019 di Malaysia. Bagaimana dengan anda, apa jangkaan anda untuk musim terakhir ini?


TIPS & ULASAN