Minggu lepas, SEGA telah berkongsi video acah penyetempatan untuk permainan Judgment iaitu permainan baharu oleh pembangun siri permainan Yakuza.
Hari ini, SEGA mengumumkan yang permainan tersebut yang sudah dikeluarkan di Jepun akan tiba secara global pada 27 Jun 2019. Pra-tempah secara digital pula akan dibuka bermula 7 Mac ini, menariknya pemain yang pra-tempah dapat bermain permainan tersebut 4 hari lebih awal iaitu pada 21 Jun 2019.
Mereka juga mengatakan pengumuman lanjut akan dikongsi pada hari esok. Judgment adalah permainan eksklusif untuk Playstation 4.