Nintendo hari ini akhirnya mengumumkan permainan baharu NES yang akan disertakan untuk Nintendo Switch Online bagi bulan ini. Dua permainan tersebut adalah Kid Icarus dan StarTropics.

Kid Icarus merupakan permainan aksi platformer yang dikeluarkan untuk NES pada tahun 1987. Manakala StarTropics merupakan permainan pengembaraan aksi yang dikeluarkan untuk NES pada tahun 1990. Permainan ini akan tiba pada 13 Mac 2019.

Nintendo Switch Online merupakan servis langganan untuk pemilik Switch yang menyertakan pelbagai kelebihan. Harga langgan adalah seperti berikut 1 bulan – $3.99(~RM16), 3 bulan – $7.99(~RM33), 12 bulan – $19.99(~RM82). Disertakan juga pakej untuk keluarga (seramai 7 orang) dengan harga langganan untuk 12 bulan $34.99(~RM144).

Sohor Kini