Jika semalam PlayStation melalui channel Youtube mereka berkongsi video pengenalan untuk pembangun CD Projekt Red, hari ini mereka berkongsi video pengenalan untuk siri permainan oleh pembangun tersebut iaitu The Witcher.

Di dalam video tersebut CD Projekt Red berkongsi pelbagai maklumat mengenai pembangunan tersebut. Mereka juga berkongsi mengapa mereka memilih untuk menjadikan penceritaan bagi The Witcher 3 mengenai keluarga berbanding peperangan.

Ini merupakan video kedua oleh PlayStation mengenai CD Projekt Red, ada kemungkinan besar ia adalah untuk membina hype sebelum hadirnya video acah baharu buat permainan CDPR yang akan datang iaitu Cyberpunk 2077.

Sohor Kini