Skip to main content

Polyphony Digital meneruskan usaha mereka untuk menyertakan pelbagai kandungan baharu buat permainan Gran Turismo Sport. Jika sebelum ini mereka menyertakan 8 kereta dan 1 litar baharu, kini mereka menyertakan 5 kereta dan 1 litar baharu melalui kemaskini untuk bulan Mac.

5 kereta baharu yang disertakan adalah seperti berikut;

  • Toyota GR Supra ’19
  • Pagani Huayra ’13
  • Mercedes-Benz SLR McLaren ’09
  • Mazda Eunos Roadster (NA Special Package) ’89
  • McLaren F1 GTR – BMW (Kokusai Kaihatsu UK Racing) ’95

Manakala untuk litar pula, ia menyertakan litar Autopolis International Racing yang bertempat di kawasan pergunungan di kepulauan barat daya Jepun. Selain mempunyai pelbagai belokan yang mencabar serta naik turun yang akan menjadi pemanduan menarik.

Gran Turismo Sport merupakan permainan simulasi perlumbaan esklusif yang dibangunkan oleh Polyphony Digital di konsol Playstation 4. Ianya merupakan salah satu permainan yang sangat terkenal dengan jumlah pemain melebihi 5 juta pemain.

Leave a Reply