Informasi Permainan Video Terkini
Masahiro Sakurai Menerima Terapi Intravena Ketika Pembangunan Super Smash Bros. Ultimate

Masahiro Sakurai Menerima Terapi Intravena Ketika Pembangunan Super Smash Bros. Ultimate

Diterbitkan pada Mac 5, 2019 oleh .

Masahiro Sakurai, iaitu pereka permainan Super Smash Bros. Ultimate sememangnya sering menghadapi masalah kesihatan seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini. Namun, dengan penglibatan beliau untuk permainan tersebut yang dilancarkan Disember lepas, sudah pasti menjadi satu kebimbangan buat ramai peminat siri tersebut.

Namun, tampaknya kesihatan beliau sememangnya semakin teruk dimana melalui laporan Nintendo Life, Sakurai menyatakan bahawa beliau sering sakit ketika pembangunan permainan tersebut. Beliau menyatakan ketika pembangun Super Smash Bros. Ultimate, beliau sering pulang dari ofis sekitar jam 10 malam.

Tambah beliau, terdapat juga saat dimana beliau terlalu penat bekerja dan beliau terpaksa menerima terapi intravena (IV). Namun, Masahiro Sakurai masih lagi terus bekerja seperti biasa walaupun menerima terapi tersebut.

Sememangnya ini adalah satu perkara yang sangat mengejutkan, terutamanya buat peminat permainan Super Smash Bros. tersebut. Walaupun begitu, kami memahami sikap dedikasi Sakurai kerana beliau sememangnya ingin menghasilkan permainan terbaik untuk siri tersebut, sehingga ianya mencapai hasil jualan melebihi 5 juta dalam masa 1 minggu sahaja ianya dilancarkan.

Oleh itu, kami di Aksiz ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah buat Sakurai dan Nintendo. Akan tetapi, kami juga berharap agar Sakurai menjaga kesihatan beliau walaupun mereka kini sibuk dengan pembangunan DLC seterusnya buat permainan tersebut.


TIPS & ULASAN