Enter the Gungeon merupakan permainan shoot ’em up roguelike yang dikeluarkan pada tahun 2016 untuk PC dan Playstation 4 sebelum tiba untuk Xbox One dan Switch pada tahun lepas.

Nighthawk Interactive iaitu penerbit bagi versi fizikal untuk Switch mengumumkan yang permainan tersebut kini terjual sebanyak 2 juta unit dan menariknya 1 juta adalah untuk versi Switch.

Dengan kata lain, gabungan jualan di PC, Playstation 4 dan Xbox One adalah bersamaan dengan hasil jualan di Switch sahaja yang jelas memperlihatkan pemain di Switch sangat menyukai permainan ini.

Sohor Kini