Informasi Permainan Video Terkini
Square-Enix Memperlihatkan Animasi Henti-Gerak Buat Kingdom Hearts 3

Square-Enix Memperlihatkan Animasi Henti-Gerak Buat Kingdom Hearts 3

Diterbitkan pada Mac 5, 2019 oleh .

Square-Enix sebelum ini melancarkan permainan Kingdom Hearts 3 edisi Deluxe khas yang mana ianya menyertakan figura Bring Arts khas watak Sora, Goofy dan Donald. Namun, dukacitanya figura tersebut tidak dilancarkan secara rasmi buat pasaran Malaysia.

Walaupun begitu, bagi anda yang ingin melihat rupa dan aksi gerak figura tersebut, Square-Enix hari ini melancarkan satu video khas yang memperlihatkan figura tersebut dalam bentuk animasi henti-gerak.

Sememangnya video tersebut adalah video iklan buat permainan Kingdom Hearts 3 yang baru sahaja dilancarkan Januari lepas di Playstation 4 dan Xbox One. Akan tetapi, ianya masih menarik untuk dilihat dengan lagak aksi henti-gerak tersebut memandangkan kita yang berada di Malaysia tidak berupaya untuk memilikinya.

Kami sebelum ini juga telah mengulas permainan ini dan agak kecewa dengannya. Bagi anda yang ingin membacanya, anda boleh ke pautan dibawah.


TIPS & ULASAN