Melalui laporan Variety, Gun Media tampaknya bakal melancarkan permainan Friday The 13th: The Game ke konsol Switch pada tahun ini. Permainan tersebut sebelum ini dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC yang mana ianya adalah permainan seram yang memfokus bentuk multi-pemain.

Melaluinya, Gun Media menyatakan bahawa mereka akan melancarkan edisi permainan Friday The 13th: The Game Ultimate Slasher Switch Edition dan ianya akan menyertakan kesemua DLC yang dilancarkan sebelum ini termasuklah kostum-kostum Jason dan watak lain bersama Emote.

Akan tetapi, seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Gun Media tidak akan berupaya untuk membangunkan sebarang kandungan baharu akibat tuntutan mahkamah buat hak intelek Friday The 13th.

Walaubagaimana pun, dengan tibanya permainan tersebut di konsol Switch, ianya pasti akan menjadi satu permainan menarik memandangkan konsol hibrid Switch tersebut boleh dimainkan secara mudah-alih ataupun melalui TV.

Sohor Kini