CD Projekt Red adalah satu nama yang tidak asing di dalam industri permainan video. Namun, tahukah anda pembangun dan penerbit untuk siri popular The Witcher dan tidak lama lagi Cyberpunk 2077 tersebut bermula sebagai satu syarikat pengedar permainan video di Poland?
Itulah antara perkara yang dikongsikan di dalam video pengenalan untuk CD Projekt Red. Video tersebut dikeluarkan oleh Playstation dan menariknya ia menggunakan suara latar Doug Cockle yang merupakan pelakon suara untuk Geralt of Rivia.
Jika anda ingin mengenali lebih mendalam mengenai CD Projekt Red, video ini sudah semestinya sangat menarik. Kami berharap Playstation akan memperbanyakkan lagi video sebegini.