Lanjutan daripada pengumuman Bandai Namco berkenaan permainan Sword Art Online: Hollow Realization Deluxe Edition untuk Switch tahun lepas, Bandai Namco hari ini akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran buat permainan tersebut iaitu pada 24 Mei ini.
Sword Art Online: Hollow Realization Deluxe Edition akan menyertakan kesemua DLC yang dilancarkan oleh Bandai Namco sebelum ini dimana permainan tersebut asalnya dilancarkan di konsol Playstation dan PC.
Permainan ini merupakan permainan aksi pengembaraan berdasarkan siri anime Sword Art Online. Melalui permainan ini, pemain akan bermain sebagai Kirito dan mengembara di dunia Sword Art: Origin, yang mana ianya kelihatan seakan dunia MMORPG Aincrad iaitu dunia permainan Kirito dan rakan-rakannya terperangkap sebelum ini.
Sebelum ini, Bandai Namco juga umum Sword Art Online: Fatal Bullet Complete Edition juga bakal tiba tahun ini.
Bagi anda yang meminati siri permainan dan anime Sword Art Online, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan permainan ini di Switch menjelang Mei ini.