Pada acara Nintendo Direct bulan lepas, Nintendo mengumumkan bahawa mereka melancarkan demo khas buat permainan akan datang, Daemon X Machina dimana ianya boleh dimuat-turun secara percuma melalui Nintendo eShop.
Terkini menurut Nintendo, demo buat permainan tersebut akan tamat dan dibuangkan daripada Nintendo eShop menjelang minggu hadapan pada 11 Mac ini. Menurut mereka juga, segala kandungan yang pemain peroleh melalui demo tersebut juga tidak akan dibawa ke permainan penuh apabila ianya dilancarkan kelak.
Sememangnya demo permainan tersebut adalah sesi percubaan yang mana Nintendo juga menyediakan sebilangan kaji selidik maklum balas buat pemain yang bermainnya dan bagi anda yang masih belum mencubanya, anda masih lagi boleh berbuat demikian sehingga minggu hadapan.
Daemon X Machina merupakan permainan oleh Marvelous yang memfokuskan bentuk aksi penembak robot mecha. Buat masa ini, ianya dirancang untuk dilancarkan pada tahun ini secara esklusif di Nintendo Switch. Menariknya, permainan tersebut juga dibangunkan oleh Kenichiro Tsukuda, iaitu salah seorang pembangun yang terlibat dengan permainan Armored Core.